January 19, 2011

UCAPAN PENGHARGAAN DAN TAHNIAH

Assalamualaikum, Salam 1Malaysia, Salam Perak Aman Jaya

Saya mengambil kesempatan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Zambri Bin Abdul Kadir, Menteri Besar Perak Darul Ridzuan, YB Dato’ Hamidah Bt Osman ADUN Kawasan Sg. Rapat, Yg. Bhg. Datuk Hamzah Bin Mohd Kassim Ketua UMNO Bhg Gopeng, kerana telah melantik saya sebagai Ketua Kampung dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Kampung Pengkalan Pegoh bagi Tahun 2011 dan 2012.

Insyaalah, dengan bimbingan, tunjuk ajar, perangsang dan semangat yang berterusan daripada YB Dato’ Hamidah, saya dan semua Jawatankuasa akan memberikan perkidmatan yang terbaik untuk kampong dan penduduk Kampung Pengkalan Pegoh sebagaimana yang diamanahkan oleh YAB Dato Seri dan kepimpinan kerjaan negeri.

Dikesempatan ini, saya mewakili Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung, Kampung Pengkalan Pegoh, berdoa semoga YAB Dato’ Seri sekeluarga dan YB Dato’ Hamidah Osman sekeluarga sentiasa berada didalam sihat sejahtera dan dapat mentadbir negeri dan rakyat Negeri Perak dengan lebih berkesan lagi. Allah SWT sentiasa memberkati segala usaha YAB Dato’ Seri dan YB Dato’ Hamidah dalam mentadbir negeri ini.

Saya mewakili Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan kampong, Kampung Pengkalan Pegoh, mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada semua Ketua Kampung dalam Parlimen Gopeng dan DUN Sg. Rapat kerana telah dilantik sebagai Ketua Kampung bagi tahun 2011-2012.

Teruskan usaha dan kerja-kerja tuan-tuan demi kabaikan kampong, penduduk dan negeri yang kita sayangi. Segala kerja dan usaha kita yang kita buat akan menentukan masa depan negeri kita.


Sekian.


Mansor
Ketua Kampung Pengkalan Pegoh.

No comments:

Post a Comment